Home » All posts
SMK Batu Laut, 42800 Tanjong Sepat, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.: e-PANGKAT | SEMAKAN ONLINE SISTEM KENAIKAN PANGKAT...
Selamat Hari Guru...2012
Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru Tadika Kg Sungai Apong, Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka, Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah dan Sekolah Menengah Vokasional Klang yang pernah mengajar saya dan rakan-rakan yang lain. Semoga Allah membalas kebaikan yang banyak diatas pengorbanan serta jerih payah guru-guru dalam mendidik dan memartabatkan agama, bangsa juga negara tercinta.
SEMAKAN ONLINE GAJI BARU SSM 2012
Cara untuk menyemak amat mudah. Korang hanya perlu mengisi nilai gred jawatan korang dan jumlah gaji terakhir yang korang terima akhir Disember 2012 pada ruangan yang disediakan dan paparan akan menunjukkan jumlah gaji baru dengan kenaikan yang anda akan terima bermula Januari 2012 nanti.
Jadual Kenaikan Gaji Baru SSM 2012 JPA
Untuk paparan Jadual gaji lebih jelas klik JELAS
SBPA dibatalkan
SBPA dibatalkan

Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.
Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia, yang diguna pakai sebelum ini, tetapi ia akan diperbaiki dan jangan risau guna juga SSM gaji naik 13%
- Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
- Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
- Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
- Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke dalam neraka
Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & menutup aurat? Pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka, dan bagi isteri yg suka melihatkan rambut (tidak menutup aurat) selain isteri dan suami juga akan dimasukkan ke neraka kerana tidak memberikan nasihat yang berguna seperti menutup aurat (bukan hanya memakai tudung untuk ke pejabat saja).
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga > maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…. jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…. dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu….. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… dan selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
………. ………. ………. ……… ………
Lihatlah…. betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
‘Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…. .’
KUBUR TIDAK REPUT
Oleh Tuan Haji Musa Kuala Kedah
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemuliaan orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun didepan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid didunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan , kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun didepan Allah dalam keadaan luka mereka baru sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi.
Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun dah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.Inilah kesah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama.Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kesah benar yang berlaku pada Jun 2010 yang lepas.
Sekarang pihak Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari Utara ke Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana apabila ia beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari Alor setar ke Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan keretapi baru ini banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan dibayar pampasan yang berpatutan oleh kerajaan yang dipersetujui oleh mereka. Sistem landasan keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila landasan yang dibina ini melalui sungai, ia akan bina jambatan, bila melalui tasek ia akan bina jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak akan melencong tetapi ia akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong, pendek kata apa sahaja yang ia jumpa dihadapannya ia tak akan melencong sebaliknya benda dihadapan itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga apa sahaja halangan datang jangan elak diri tapi terus maju macam k/api).
Perkara yang sama juga berlaku apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan surau dan kubur. Kubur ini akan diubah ketempat yang baharu. Untuk mengubah kubur ini mesti mendapat persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak Polis. Tarikh pemindahan kubur ini telah ditetapkan, arahan mufti , untuk setiap kubur hanya seorang atau dua orang waris sahaja dibenarkan untuk mengangkat atau melihat jenazah yang akan diubah. Seluruh kawasan di kelilingi dengan tali dan dikawal oleh anggota polis, sesiapapun tidak dibenarkan masuk kecuali orang yang berkenaan. Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan beberapa pegawai agama lain serta Pegawai Polis.
Tersebut kesah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga termasuk senarai yang dipindahkan. Suaminya meninggal dunia 3 tahun lepas akibat sakit barah hati. Dia tidak mempunyai waris yang dekat, dia telah memohon kepada mufti, warisnya diganti dengan sahabat baik arwah suaminya, tetapi tidak dibenarkan oleh mufti. Wanita ini merayu lagi katanya sahabat arwah suaminya ini memang baik dengan arwah semasa dia sehat, sakit dan bila meninggal dunia dialah juga yang mengurus jenazah arwah suaminya, mendengar ini mufti membenarkannya. Kedua-dua mereka, arwah dan sahabatnya merupakan kawan baik aku juga.
Beginilah ceritanya, setelah kubur dikorek alangkah terkejutnya sahabat aku ini bila dilihat kain kafan yang menutup arwah masih elok tidak reput walaupun sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazah, tuan mufti mengarahkan supaya sehelai kain baharu dibalut lagi dan melarang supaya jangan dibuka wajahnya (ikut syariat). Setelah siap dibalut dan bila sahaja sahabat aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya dia, dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya punggung, masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih badan biasa, sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja. Sahabat aku masa itu merasa bagai nak jatuh kerana terkejut.
Wanita ini apabila melihat keadaan suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh terduduk. Selepas selesai kerja pemindahan tuan mufti bertanya kepada sahabat aku, siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah ahli syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum.Selepas peristiwa ini sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat peristiwa tersebut.
Berbalik kepada kesah wanita ini, sahabat aku bertanya mengapa ia menangis, katanya: “Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sehat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah”Arwah dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan kerajaan, Arwah ini dijabatan/pejabatnya memanglah seorang yang dikenali disemua peringkat, dari ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua mengenalinya.
Dia peramah suka ketawa dan senyum dan menyapa kepada semua orang, tapi masa itu arwah tidak amal agama, tidak kenal solat, puasa dan perintah lain, yang dia kenal dan diamalnya hanya larangan Allah sahaja. Sikapnya mula berubah apabila dia telah mula ikut dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali, dia telah mula mendekati dirinya pada Allah dan bertaubat Nasuha, semua perangai lamanya telah dibuang terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah belajar dan beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut sunnah nabi saw. Dia yakin inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah kehidupan seseorang kepada satu kehidupan beragama yang direzai oleh Allah swt. kemudian dia ambil cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari, walaupun isterinya marah dan tidak berapa suka dia keluar dakwah, kemudian selepas beberapa tahun tahun berikutnya dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan diluluskan cutinya untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh. Satelah pulang dari khuruj 4 bulan, arwah telah menerima surat pemberhentian kerja oleh jabatannya, dengan satu alasan yang tidak munasabah, tetapi arwah redha dan pasrah dengan takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk bela diri.
Jadi arwah pasrah dan untuk mencari rezeki memelihara anak dan isterinya, arwah telah memulakan perniagaan kecil-kecilan berniaga air minuman dan jual kueh muih ditepi taman rumahnya. Tetapi usaha dakwah tidak ditinggalkannya terus aktif membuat usaha di kampongnya setiap hari bersama sahabat baiknya tadi. Keadaan ini berlalu sehingga beberapa tahun, sehingga sampai satu masa ketika arwah dan sahabat aku ini sedang minum teh tarik disebuah warung, ia disapa oleh seorang lelaki Cina “hai awak sudah jadi ustaz ka sekarang”.
Dengan penuh gembira arwah menyambut lelaki cina ini yang merupakan kawan baiknya dahulu dizaman jahiliah, mereka bertanya khabar dan satelah memberitahu hal yang sebenar bagaimana dia telah dipecat, kawan Cina berkata dia akan mengambil kes ini dan akan membawa ke mahkamah tanpa mengambil apa-apa bayaran upah pada arwah. Kawannya ini dahulu bekerja sepejabat dengannya tapi sudah berhenti dan menjadi peguam. Masa itu juga kawan cina ini menghulurkan padanya duit RM2000.
Dipendek cerita kesnya yang dibawa ke mahkamah telah dimenangi oleh arwah, beliu telah mendapat bayaran balik beratus ribu ringgit oleh kerajaan dan kerjanya pula disambung semula. Dengan wang tersebut arwah telah mendaftar untuk mengerjakan farzu haji bersama isterinya , selang beberapa lama Tabung Haji telah mengeluarkan surat yang mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada tahun itu juga. Kita merancang Allah juga yang menentukan semuanya, dan ketetapan Allah pasti akan berlaku sebagaimana kehendakNya, sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah arwah telah diserang penyakit barah hati dan meninggal dunia.
Semuga Allah mencucuri rahmatnya pada arwah dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin amiin. Kita yang hidup ini masih belum tentu nasib kita , bagaimana akhir kalam kita adakah dalam husnulkhotimah, oleh itu marilah terus kita berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita ikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh nabi saw.
Diambil dari blog Tuan Haji Musa Kuala Kedah
http://caponenkolakedah.blogspot.com/2010/07/gempaq-mayat-tidak-reput.html
KUBUR BERKATA-KATA
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a) 2. Hasan (anak Fatima r.a) 3. Husin (anak Faimah r.a) 4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)." Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :- 1. Hendaklah ia menjaga solatnya 2. Hendaklah dia bersedekah 3. Hendaklah dia membaca al-Quran 4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya. Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 1. Jangan berdusta 2. Jangan mengkhianat 3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 4. Jangan kencing sambil berdiri Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
Posted by syukri (http://syukri-abdullah.blogspot.com)
E-Maklum Untuk Kakitangan Kerajaan
http://emaklumweb.anm.gov.my/
Azab Bagi Wanita
Azab Bagi Wanita
(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,
"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA - KEMUDAHAN ePENYATA GAJI DAN eMAKLUM

e-Penyata Gaji dan Laporan
http://www.anm.gov.my/
e-Maklum
http://emaklumweb.anm.gov.my/
Rahsia Solat Lima Waktu
“Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ‘ Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.’
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: ‘Silakan bertanya.’
Berkata orang Yahudi: ‘Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’
Sabda Rasullullah S.A.W.:
‘Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya,
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya’ itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.’
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: ‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
Rasullullah S.A.W bersabda: ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.’
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: ‘Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.’
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.’
Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Sembahyang Isya’ (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya’ berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.’
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: ‘Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: ‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?’.
Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.’
Kata orang Yahudi: ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’
Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.’
Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.’
Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).’
Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).’
“Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar.”
(Al-Baqarah : 155)
Al-Qur'an Terjemah Per Kata + Asbabun Nuzul - Pertama Di Dunia
| "Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ..." PERTAMA DI DUNIA - maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an - mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an - dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini Kelebihan Tafsir Quran Per Kata - Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur'an - Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat. - Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu'tabar - Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat. - Dilengkapi juga dengan terjemahan. - Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang http://www.bacaquran2u.com |
KISAH BENAR!!!
Assalamualaikum Semua,
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN, selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
__._,_.___
Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku
Ziarah amalan ahli Syurga
Selamat menghadapi hari ini dengan sabar dan syukur. Amalan ziarah adalah amalan mulia. ziarah bukan sahaja berlaku di dunia, malahan menjadi amalan penghuni syurga. Kelebihan ziarah yang dibuat semata-mata kerana Allah akan membuatkan kampung atau penempatan tersebut mendapat rahmat dan jika Allah hendak menurunkan bala pada tempat tersebut maka Allah hindarkan ke tempat lain. Jika Allah hendak memberikan sesuatu kebaikan pada tempat tersebut, maka Allah akan percepatkan tempat tersebut dengan kebaikan.
10 SEBAB DOA TERHIJAB
1) Kamu mengenali Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-Nya
( Perintah-Nya ).
2) Kamu membaca Al Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.
3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi menurut hasutannya.
4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah s.a.w., tapi kamu meninggalkan
amalan dan Sunnahnya.
5) Kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.
6) Kamu mendakwa membenci Neraka, tapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.
7) Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya.
8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban
diri sendiri.
9) Kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa menyukurinya.
10) Kamu mengkebumikan jenazah saudaramu, tapi kamu lupa mengambil
iktibar daripadanya.
SENARAI BANK
Commercial Banks
1
Affin Bank Berhad
2
Alliance Bank Malaysia Berhad
3
AmBank (M) Berhad
4
Bangkok Bank Berhad
5
Bank of America Malaysia Berhad
6
Bank of China (Malaysia) Berhad
7
Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad
8
CIMB Bank Berhad
9
Citibank Berhad
10
Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
11
EON Bank Berhad
12
Hong Leong Bank Berhad
13
HSBC Bank Malaysia Berhad
14
J.P. Morgan Chase Bank Berhad
15
Malayan Banking Berhad
16
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
17
Public Bank Berhad
18
RHB Bank Berhad
19
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
20
The Bank of Nova Scotia Berhad
21
The Royal Bank of Scotland Berhad
22
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.



