SBPA dibatalkan

SBPA dibatalkan

SBPA%2BBATAL SBPA dibatalkan

Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia, yang diguna pakai sebelum ini, tetapi ia akan diperbaiki dan jangan risau guna juga SSM gaji naik 13%

kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.
Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:
  1. Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
  2. Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
  3. Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
  4. Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Share |

Pertanyaan

Nama:
Email Anda:
Pertanyaan :

Create a web form here