SMK BATU LAUT


Mengenai SMK Batu Laut




PIAGAM SEKOLAH
Kami staf Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut bersedia berkhidmat untuk:
- Menerapkan dan mengembangkan bakat serta nilai keilmuan rohani dan jasmani 
  sesuai dengan moto  " ILMU SEMANGAT HIDUP”
- Menerapkan semangat cinta dan bangga kepada sekolah
- Memupuk nilai estetika ,jujur, berwawasan, berhemah tinggi dan dapat 
  menyumbang kearah kesejahteraan  Negara.
- Mewujudkan suasana harmoni, mesra dan bekerjasama dengan ibu bapa, penjaga
   serta masyarakat amnya.

SEJARAH SEKOLAH

Motto Sekolah..
ILMU SEMANGAT HIDUP

Visi Sekolah
SMK BATU LAUT UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

Misi Sekolah
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BAGI 
MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU PENGETAHUAN,BERAKHLAK MULIA 
DAN BERKEMAHIRAN TINGGI..


Tarikh Peristiwa


 1959

Dikenali dengan nama Darjah Menengah Rendah Kebangsaan  Batu Laut dengan bilangan 

pelajarnya seramai 35 orang pelajar sahaja.

1965

Dikenali sebagai Sekolah Aneka Jurusan.

1967

Bangunan khas telah dibina, dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu laut 

dan kekal hingga kini.

7 Nov 1968

YB Mohd Khir bin Johari merasmikan bangunan dua tingkat yang dapat menempatkan empat 

buah kelas, sebuah perpustakaan, sebuah makmal sains, dua buah stor, sebuah bilik SRT, 

sebuah bilik guru dan sebuah bilik untuk guru besar.

Mac 1971

Pembinaan kantin, blok dua tingkat yang dapat menempatkan empat kelas, sebuah makmal 

sains, dua buah stor, dan dua buah tandas serta dua buah tandas murid.

1978

Bangunan dua tingkat ketiga siap di bina dengan mempunyai enam buah kelas, sebuah 

makmal sains, bilik guru, pejabat dan bilik guru besar. Bangunan ini dirasmikan oleh 

Dato’ Haji Suhaimi bin Dato’ kamarudin,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

1986

Bangunan Gotong Royong bernilai RM 50,000 siap dibina sumbangan daripada JPS dan

Parlimen yang mengandungi empat buah kelas. Ia dibina dengan tenaga gotong royong 

penduduk kampung.

1992

Blok B dua tingkat menempatkan lapan buah kelas siap di bina1999 Blok tiga tingkat siap 

dibina menempatkan dua belas buah kelas.

2000

Dewan Permata SMKBL siap dibina, padang seluas tiga ekar disiapkan. 

Disember 2005

Makmal Komputer telah siap diubahsuai 

Disember 2006 

Pusat Akses Kendiri telah siap diubah suai.


Lagu sekolah : Majulah.... Majulah...

Majulah...Majulah...
Majulah SMBL...

Di tengah desa yang indah...
Di pinggir laut biru...
Tersegam gagah dengan megah tempat menimba ilmu...

ILMU SEMANGAT HIDUP..
Itulah cogan kami...
Dengan bimbingan para guru
Berdisiplin giat maju...

Wahai pelajar semua...
Belajar dan berusaha...
Memupuk rasa cinta pada negara dan bangsa...
Marilah kita berdoa..
Semoga sihat sejahtera...
SMBL..SMBL...
Megah menjunjung usia....

Majulah...Majulah...
Majulah SMBL....





Pentadbir Sekolah sejak mula beroperasi sehingga kini.
Guru Ketua
En. Zainuddin bin Lapoh
(  1.1.1959 – 1960 )
Guru ketua
En. Abu Bakar bin Ahmad
( 1960 – 1961 )
Guru Ketua
En. Hasran bin Rafie
1961
Guru Besar
En. Sairi bin Ismail
( 1.1.1965 – 30.9.1978 )
Pemangku Guru Besar
En. Suardi bin Hj. Mahfuaz
( 1.10.1978 – 31.12.1979 )
Guru Besar
En. Hasran bin Rafie
( 1.1.1980 – 30.4.1982 )
Pemangku Guru Besar
En. Abdul Rahman bin Sahlan
( 1.5.1982 – 15.6.1982 )
Pengetua
Pn. Tokiah binti Remot
( 16.6.1982 – 15.4.1992 )
Pemangku Pengetua
En. Selamat bin Ngaido
( 16.4.1992 – 15.6.1992 )
Pengetua
Pn. Azizah binti Nordin
( 16.6.1992 – 15.1.1998 )
Pengetua
En. Md Sanusi bin Ibrahim
( 16.1.1998 – 15.12.1998 )
Pengetua
En. Abdul Wahid bin Takat
16.12.1998 – 15.10.2003 )
Pengetua
Pn. Rahani binti Arshad
( 16.10.2003 – 31.12.2005 )
Pengetua
Pn. Zaleha binti Hashim
( 1.1.2006 – 30.6.2008 )
Pengetua
Pn. Jamilah binti Sawal
( 1.7.2008 hingga 15.11.2013)

Pengetua
Pn. Rosnah binti Busu
( 16.11.2013 hingga 31.08.2017 )

Pengetua
Tn. Haji Azman Bin Mashuri
( 25.09.2017 hingga kini )








0 ulasan:

Post a Comment

Share |

Pertanyaan

Nama:
Email Anda:
Pertanyaan :

Create a web form here